KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah S.W.T, di atas keperihatinan Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput ,Pn Maznah Bt Othman terhadap industri asas tani amnya dan potensi industri tanaman cendawan khasnya yang kini mula mendapat permintaan yang tinggi, akhirnya kerja-kerja pembinaan Pusat Latihan dan Kajian Tanaman Cendawan KKSS yang bermula pada awal mei 2008 telah siap sepenuhnya pada jun 2008.
Untuk makluman,Pusat Latihan dan Kajian Tanaman Cendawan KKSS adalah merupakan pusat latihan dan kajian tanaman cendawan yang pertama bagi Kolej Komuniti di Malaysia. Adalah diharapkan semoga Pusat latihan ini mendapat sambutan dari komuniti dan seterusnya mampu melahirkan seberapa ramai usahawan tanaman cendawan melalui kursus jangka pendek yang dijalankan.
Berikut saya paparkan intipati daripada kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Che Hasmah Hassan bertajuk Peranan dan Bantuan Jabatan Pertanian Dalam Industri Cendawan.
1.Meningkatkan permintaan. Jumlah penduduk Malaysia- 26 juta (2005).
* Kadar makan cendawan - 324 gram/ orang setahun.
* Keperluan cendawan negara - 8,424 tan setahun.
Sasaran Jabatan Pertanian Jumlah penduduk - 30 juta (2010).
* Kadar makan - Dua kilogram/orang/tahun
Keperluan cendawan - 60,000 tan/tahun
2.Membangunkan penanaman secara komersial. Memperhebatkan khidmat pengembangan.
a. Menggalakkan usahawan tani menceburi industri cendawan.
b. Mengesyorkan supaya tanaman jenis yang berpotensi ditanam.
c. Mengadakan kursus dan lawatan sambil belajar untuk melatih pengusaha.
d. Memantau dan menilai projek.
3. Khidmat perundingan swasta
a. Menyampaikan maklumat berkaitan secara insentif percukaian dan dana-dana yang disediakan oleh kerajaan.
b. Menggalakkan perkongsian pintar bagi syarikat yang tidak memiliki tanah.
c. Menggalakkan syarikat bukan pertanian melabur.
d. Menggalakkan pengusaha memohon MoA Inc.
4. Menyediakan insentif untuk usahawan
a. Jabatan Pertanian memberi insentif sebanyak RM20,000 untuk pengusaha dalam bentuk fizikal yang disalurkan ke Jabatan Pertanian Negeri.
5.Lain-lain bantuan - Memberi sokongan dalam mendapatkan kemudahan, pengiktirafan dan insentif dari agensi lain seperti pinjaman di bawah MoA Inc.
* Membekalkan benih induk dan benih tanaman cendawan.
* Menyokong permohonan jawatan asing dan buruh asing.
* Menemukan pengusaha dengan anchor company, pengeksport dan pasar raya besar.
Syarat menyertai MOA Inc.Mempunyai pelan perniagaan.
* Mempunyai kawasan.
* Berdaya maju dan berterusan
* Berskala besar, komersial dan menepati saiz ekonomik yang ditetapkan.
* Projek yang mempunyai pengurus.
* Menjurus kepada pensijilan Q dan keselamatan makanan.
* Pelan pemasaran yang jelas.
Pelbagai cendawan yang boleh ditanami.
i. Tiram kelabu (Pleurotus sajur-caju)
ii. Tiram putih (Pleurotus florida)
iii. Tiram kuning (Pleurotus citronipileatus)
iv. Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
v. Abalone (Pleurotus cystidiosus)
vi. Jerami padi (Volvariella volvaceae )
viii. Jeli hitam/telinga kera (Auricularia polyruchia)
viii. Ling zhi (Ganoderma licidum)
viii. Bunga kubis (Hericium erinceus)
ix. Perut lembu (Clitocybe sp)
x. Berangan (Agrocybe sp)
xi. Peha ayam (Coprinus sp)
xiii. Shiitake (Lentinula edodus)
xiv. Butang (Agaricus bisporus)
xv. Jarum mas (Flammulina velutipes)
ii. Tiram putih (Pleurotus florida)
iii. Tiram kuning (Pleurotus citronipileatus)
iv. Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
v. Abalone (Pleurotus cystidiosus)
vi. Jerami padi (Volvariella volvaceae )
viii. Jeli hitam/telinga kera (Auricularia polyruchia)
viii. Ling zhi (Ganoderma licidum)
viii. Bunga kubis (Hericium erinceus)
ix. Perut lembu (Clitocybe sp)
x. Berangan (Agrocybe sp)
xi. Peha ayam (Coprinus sp)
xiii. Shiitake (Lentinula edodus)
xiv. Butang (Agaricus bisporus)
xv. Jarum mas (Flammulina velutipes)
Nota: Semoga anda juga mengetahui bahawa cendawan merupakan tanaman yang popular pada masa kini dengan kehebatan kandungan yang terdapat di dalam cendawan ini. - cendawankkss
Perancangan saya semoga dalam tahun ini KKSS dapat melahirkan seberapa ramai usahawan dan seterusnya dapat melihat jenama ini dipasaran. InsyaAllah...sama-kita doakan.